Empat cedera kemalangan kereta api di Lipis

  • 2 tahun lalu
Empat pekerja syarikat penyelenggaraan rel kereta api cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan itu yang berlaku berhampiran Stesen Kereta Api Chegar Perah di Lipis, Pahang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata kemalangan dipercayai berlaku jam 9.30 pagi ketika kereta api milik syarikat swasta dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu sedang melakukan kerja baik pulih landasan.

Disyorkan