Kerajaan terus perketat kawalan sempadan negara

  • 2 tahun lalu
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memasuki hari ke-14 hari ini menyaksikan pihak berkuasa terus memperketatkan kawalan sempadan negara bagi mengelak penularan COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 68 sekatan jalan raya operasi benteng telah diadakan di seluruh negara, dengan meliputi pemeriksaan ke atas 43,997 kenderaan.
Setakat semalam, seorang lagi warga asing telah ditahan atas kesalahan Imigresen.

Disyorkan