4 juta atau 52.2 peratus pengguna domestik nikmati bil elektrik percuma
  • 2 tahun lalu
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan 4 juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik RM77 sebulan ke bawah atau penggunaan 300kWj ke bawah akan menikmati bekalan elektrik percuma bagi bulan April hingga Jun tahun ini.

Pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj pula akan terima potongan sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk tempoh yang sama.