Kluster warga emas Kuala Selangor dikesan

  • 2 tahun lalu
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster warga emas Kuala Selangor terdapat tiga kes di pusat penjagaan orang tua itu. Dua kes positif pada 17 Mei 2020 manakala 12 kakitangan dan 26 penghuni telah disaring dan keputusannya negatif. Kes ketiga pula dikesan selepas masuk ke wad di Hospital Tanjung Karang pada 13 Jun 2020.