Rakyat kurang yakin terhadap ekonomi Malaysia sebelum PKP lagi - EMIR Research

  • 2 tahun lalu
Majoriti rakyat di negara ini dilihat tidak begitu yakin terhadap keadaan ekonomi Malaysia sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lagi. Menurut kaji selidik suku tahun pertama 2020 oleh EMIR Research, hanya 19 peratus responden merasakan ekonomi negara berada pada tahap kukuh, berbanding 36 yang merasakan sebaliknya, manakala 45 peratus lagi tidak pasti.