Pesakit perlu jalani ujian saringan sebelum pembedahan

  • 2 tahun lalu
Setiap pesakit yang mahu menjalani pembedahan digalakkan menjalani ujian saringan COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah tersebut bukan sahaja memastikan keselamatan petugas kesihatan, malah ia akan menjimat kos peralatan perlindungan diri (PPE) bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital swasta.