#AWANIByte: Mesyuarat Majlis Presiden PH berlangsung tiga jam, semua pemimpin PH kunci mulut

  • 2 tahun lalu
Semua pemimpin yang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor mengunci mulut dan enggan mendedahkan sebarang perincian.

Bagaimanapun, kenyataan media yang dikeluarkan sejurus mesyuarat itu berakhir memberitahu mesyaurat tersebut menyaksikan "perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dan menampakkan kemajuan yang amat positif".