Pantau penggunaan plastik semasa musim COVID-19

  • 2 tahun lalu
Peningkatan penggunaan plastik untuk pembungkusan makanan semasa musim COVID-19 perlu dipantau sebagai usaha penjagaan alam sekitar.

Penasihat Khas (Kesihatan Awam) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jemilah Mahmood berkata, ia sekali gus memerlukan kerjasama dan penguatkuasaan kerajaan dalam memastikan kesannya tidak semakin memburuk.