56 kontak rapat kes kakitangan Kementerian Luar dikesan

  • 2 tahun lalu
Seramai 56 kontak rapat kes positif COVID-19 membabitkan kakitangan Kementerian Luar telah dikesan dan menjalani ujian saringan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 18 orang melibatkan ahli keluarga mangsa, sementara 38 lagi adalah rakan sekerja.