Realiti Rakyat: Bantu ibu terkandas hantar susu beku kepada anak di Malaysia

  • 2 tahun lalu
Terdapat golongan ibu warga Malaysia yang bekerja di Singapura dan pulang setiap hujung minggu untuk bersama anak-anak mereka, serta memastikan bekalan susu mencukupi.
Namun, apabila PKP dilaksanakan sejak Mac lalu, bekalan susu anak mereka terputus akibat ibu-ibu berkenaan terkandas di Singapura dan tidak dibenarkan pulang.
Isu ini mendapat perhatian Adun Stulang, Andrew Chen yang bertindak untuk menghubungi ibu-ibu tersebut, dan bantu menghantarkan bekalan susu beku kepada anak di Malaysia.
Kita nak dengarkan bagaimana bantuan ini dijalankan dan apa perkembangannya setakat ini, jadi kita terus bersama YB Andrew Chen yang sudi meluangkan masa bersama kami pagi ini.