42 lelaki ditahan main snooker langgar PKPB

  • 2 tahun lalu
Padah bermain snooker di pusat hiburan 42 lelaki ditahan selepas polis menyerbu sebuah pusat snooker di Sungai Petani, pada petang Isnin. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, dalam serbuan jam 6 petang itu beberapa lelaki sedang leka bermain snooker manakala yang lain sedang asyik menonton.