Solat Aidilfitri di rumah kenangan terindah PKPB

  • 2 tahun lalu
Kebiasaanya solat sunat Aidilfitri dilakukan secara berjemaah di surau yang terletak hanya beberapa langkah dari rumahnya, namun siapa sangka, suasana Aidilfitri yang disambut hari ini sungguh berbeza.
Bukan sahaja tidak dapat menunaikan solat bersama sahabat dan jiran tetangga, malah ia hanya dilakukan di rumah bersama abang dan dua adiknya.
Perasaan sayu itu dikongsi Zamri Eshak, 30 tahun, dari Taman Koskam, Kepala Batas, Pulau Pinang, yang telah kehilangan kedua ibu bapa beberapa tahun lepas.

Disyorkan