NORMAL BAHARU: Satu juzuk sehari sebelum mulakan tugasan Op COVID-19

  • 2 tahun lalu
Meskipun padat dengan jadual penugasan lalu lintas, namun itu bukan penghalang buat seluruh warga dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Negeri Sembilan mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti bertadarus.
Malah, rutin pada setiap pagi itu nyata memberi makna cukup besar apabila aktiviti bacaan Al-Quran yang dilaksanakan secara bergilir-gilir oleh warga kerja di situ dapat diselesaikan sebelum tamatnya Ramadan.