Aktiviti penggambaran dibenarkan sepanjang PKPB - Ismail Sabri

  • 2 tahun lalu
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada Rabu bersetuju membenarkan aktiviti penggambaran dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tarikh sesi penggambaran hanya dibenarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, kru juga perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Disyorkan