7.6 juta penerima bantuan BPN sudah terima bayaran pada fasa kedua

  • 2 tahun lalu
Kira-kira 7.6 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah menerima bayaran bantuan bagi fasa kedua melibatkan pembayaran sebanyak RM3.41 bilion, setakat 17 Mei.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pembayaran tersebut adalah 93 peratus daripada peruntukan pada fasa kedua.
Jelas beliau, Kementerian Kewangan komited untuk menyelesai baki pembayaran kepada penerima-penerima bantuan dalam kadar segera.