Umat Islam di Kedah boleh menunaikan solat Aidilfitri

  • 2 tahun lalu
Hanya 12 orang sahaja dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid di Kedah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang, perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkuatkuasa Jumaat ini (22 Mei).