Tun M teruskan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

  • 2 tahun lalu
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan Muhyiddin sebelum ini telah membuat keputusan sendiri tanpa memaklumkan atau mendapat persetujuan daripada parti.