#AWANIJr: "Berguru demi ilmu, bina generasi baharu". Terima kasih cikgu

  • 2 tahun lalu
Hari guru yang jatuh pada 16 mei akan tetap disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru, walaupun negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Sambutan pada tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun lepas kerana sambutan tahun iniakan menjurus kepada program yang akan diadakan secara dalam talian termasuk di media sosial.

Tema hari guru 2020 iaitu "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" menurut Dr Mohd Radzu Jidin, Menteri Kanan Pendidikan merupakan konsep cinta dan berguru dengan ilmu perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar, supaya mereka sentiasa mencari ilmu tanpa perlu disuruh dan bukan hanya bertujuan untuk lulus peperiksaan.

Wartwan TV AL-HIKMAH SMA Marang dengan kerjasama TV SeNILAM Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam menampilkan pengacara bergabung sempena PKPB ini iaitu Nurul Aishah Hamilludin, 17 dan Nur Ain Abdullah, 15 membawakan kepada anda ucapan untuk guru-guru sempena Hari Guru 2020 semasa PKPB.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.