Serang polis, pengedar dadah ditembak mati
  • 2 tahun lalu
Polis menembak mati seorang lelaki warga asing, yang juga pengedar dadah dikehendaki, di kawasan kelapa sawit di ladang Rimmer, Jalan Silabukan dekat Lahad Datu pada Khamis malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor, suspek yang dikenali sebagai Tas atau Tans, 30 tahun, ditembak kerana menyerang anggota polis menggunakan parang selepas cuba menahannya dalam kejadian antara 9 hingga 9.30 malam.