Tindakan tegas mungkin diambil kerana bawa warga emas, kanak-kanak,

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan akan meneliti cadangan agar tindakan tegas diambil kepada mana-mana individu yang masih berdegil membawa warga emas dan kanak-kanak ke tempat awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini usul tersebut telah dibawa dan dibincangkan di peringkat mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan masih menggunakan pendekatan nasihat dalam memastikan kumpulan tersebut tidak dibawa ke pusat membeli belah atau hospital, kecuali jika mempunyai janji temu.

Disyorkan