Realiti Rakyat: Strategi menangani pengangguran belia
  • 2 tahun lalu
Bank Negara Malaysia baru-baru ini mengumumkan peningkatan unjuran kadar pengangguran kepada 4 peratus untuk tahun 2020. Jumlah penganggur pada Mac meningkat 17.1 peratus kepada 610,500 orang berbanding 521,300 orang pada bulan sama tahun lalu.

Belia berusia 15 hingga 29 tahun adalah kumpulan penting kepada pasaran buruh negara kerana merangkumi hampir 40 peratus daripada keseluruhan tenaga buruh.

Perbincangan pagi ini di Realiti Rakyat sempena Hari Belia hari ini, disertai oleh Dr Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Kanan Pembangunan Belia Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.