Negeri Sembilan benar solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat bermula esok dan Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau yang terpilih sahaja dengan beberapa syarat khas yang ditetapkan.
Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Hussein berkata, kebenaran ini dikeluarkan selepas mendapat perkenan oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tunku Tuanku Munawir dengan persetujuan undang yang empat serta Tuanku Besar Tampin.

Disyorkan