Sudah sampai masa kerajaan nilai semula reka bentuk PPR

  • 2 tahun lalu
Sudah sampai masa kerajaan menilai semula reka bentuk sesebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berusia hampir 20 tahun sejak idea pertamanya diperkenalkan.

Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Landskap Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Madya Dr. Shureen Faris Abd. Shukor menjelaskan, ia sekali gus cara sesebuah negara melayan penduduknya yang berpendapatan rendah.