Kedah benarkan makan di restoran

  • 2 tahun lalu
Selepas Selangor dan Kelantan, Kedah pula membenarkan pelanggan untuk makan di restoran dengan mematuhi syarat serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, keputusan dibuat selepas mendapati keadaan di Kedah memuaskan selain menerima permintaan daripada pemilik restoran.