Realiti Rakyat: Inovasi UMK hasilkan alat pelindungan diri

  • 2 tahun lalu
Dalam segmen Realiti Rakyat kali ini, kita ingin mendekati usaha yang dijalankan sebuah universiti awam, Universiti Malaysia Kelantan yang menghasilkan produk pelindung muka, kelengkapan peralatan pelindungan diri (PPE) dan kota intubasi.

Penghasilan produk ini juga mendapat pengiktirafan apabila ketiga tiga produk inovasinya menerima anugerah Geran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah Yayasan Inovasi Malaysia sebagai peneraju dan SME Corp pula sebagai pemberi dana.