Perkemas data-data ujian saringan termasuk keputusan negatif

  • 2 tahun lalu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM sedang memperkemaskan data-data yang diperolehi termasuk kes-kes negatif daripada makmal swasta. Ia akan diperkemaskan mungkin pada Jumaat ini sekali gus dijangka pertambahan kes diuji akan meningkat. Setakat ini sebanyak 227,436 sampel ujian telah dilakukan.