Perlu lantik pemimpin masyarakat untuk sentiasa tegur rakyat

  • 2 tahun lalu
Peranan komuniti ketika ini dilihat amat penting dalam memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menyebabkan peningkatan kes COVID-19.
Bagaimanapun bagi Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Prof Datuk Seri Dr Jacob George, perlu wujud satu garis panduan dan pelantikan pemimpin di peringkat tempatan yang diberi kuasa untuk memantau pelaksanaan normal baharu dalam kalangan rakyat.