790 pelajar IPT selamat sampai di kampung halaman di zon Utara - Ismail Sabri

  • 2 tahun lalu
790 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) melibatkan sembilan universiti telah selamat tiba di kampung halaman masing-masing di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang setakat 27 April 2020, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Jelas Ismail, 4,878 pelajar melibatkan mereka yang berada dalam zon yang sama (interzone) akan bergerak pulang malam Rabu, 29 April 2020.