Keluarga sebak sambut ketibaan pelajar terkandas akibat PKP

  • 2 tahun lalu
Hati ibu mana tidak sebak dan gelisah mengenangkan anak kesayangan terkandas lebih sebulan di kampus akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19.

Sarimah Che Man dari Teluk Air Tawar, Pulau Pinang berkata, setiap hari dia berdoa agar anak lelakinya Danial Hakim yang merupakan penuntut tahun pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.