Penduduk Baling terima sumbangan makanan, sayuran

  • 2 tahun lalu
Menjelang kehadiran bulan Ramadan yang akan disambut umat Islam di Malaysia, lebih 10,000 keluarga di daerah Baling menerima sumbangan bekalan 15 ribu kilogram sayuran pelbagai jenis serta ayam segar secara berperingkat bermula semalam.
Sumbangan yang disampaikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling itu merupakan salah satu inisiatif yang diambil dalam mengurangkan bebanan penduduk yang terjejas akibat penguatkuasaan PKP selain dapat menyerikan lagi sambutan Ramadan tahun ini.