354 rakyat Malaysia di Turki akan tiba di tanah air pada Jumaat

  • 2 tahun lalu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, Kerajaan Turki membenarkan satu penerbangan khas dari Malaysia dibenarkan mendarat di Istanbul dan membawa pulang 354 rakyat Malaysia di sana dan dijangka sampai di tanah air pada pagi Jumaat.

Sementara itu, Kementerian Luar sedang meneliti langkah terbaik untuk membawa empat rakyat Malaysia daripada Yayasan Amal Malaysia yang terkandas di ibu negara Chad termasuk yang berada di negeri lain di Benua Afrika.

Disyorkan