PKP: Jumlah kenderaan di jalan masih banyak - Ismail Sabri

  • 2 tahun lalu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 813 sekatan jalan raya di seluruh negara, dengan membabitkan pemeriksaan ke atas 558,548 kenderaan setakat Rabu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan tersebut menunjukkan bahawa masih terdapat banyak kenderaan yang meneruskan perjalanan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).