WHO kecewa keputusan Donald Trump menghentikan dana

  • 2 tahun lalu
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesal dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghentikan dana untuk pertubuhan itu.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan, sekarang adalah masa bagi semua negara untuk bersatu memerangi COVID-19 ketika kes positif COVID-19 telah melepasi dua juta.

Namun, tegas beliau, pertubuhan itu akan terus bekerjasama dengan setiap negara dan setiap rakan kongsi dengan komitmen tanpa henti terhadap penyelidikan sains, penyelesaian dan solidariti, khususnya dalam memerangi COVID-19.

Dia menambah bahawa ujian klinikal vaksin COVID-19 telah bermula.

Disyorkan