ASEAN perlu rangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19

  • 2 tahun lalu
Malaysia mencadangkan ASEAN supaya merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 bagi memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek kewangan, bahkan jaringan keselamatan sosial, jaminan makanan dan pendidikan kepada penduduk serantau.

Cadangan itu diusulkan Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN Mengenai COVID-19 yang julung kali diadakan secara dalam talian hari ini.