2,309 panggilan dan 252 mesej diterima berkaitan kaunseling COVID-19

  • 2 tahun lalu
Setakat 12 April 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah terima 2,309 panggilan dan 252 mesej berkaitan kaunseling COVID-19. Isu yang diutamakan dalam inisiatif kaunseling adalah bagi menawarkan sokongan emosi dan psikologi serta bantuan keperluan maklumat lanjut mengenai COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.