Tidak tahu nasib selepas PKP tamat

  • 2 tahun lalu
Warga Malaysia yang bekerja di Singapura perlu melalui proses saringan kesihatan sebelum dibenarkan pulang ke Johor.

Menurut salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja di seberang tambak, mereka perlu mendapat kelulusan majikan dan disahkan sihat untuk kembali ke tanah air.

Kata Nur Hamidah Jamal, yang kini menjalani kuarantin di rumah, mereka perlu menanggung sendiri kos untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan pulang.