Penghantar surat dihukum kerana sembunyi maklumat perjalanan

  • 2 tahun lalu
Seorang penghantar surat dihukum melakukan khidmat masyarakat selama tiga bulan selepas didapati bersalah gagal memberi maklumat sejarah perjalanan semasa saringan COVID-19 26 Mac lalu.
Omar Mat Khatib yang bekerja di Singapura mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di Mahkamah Majestret Alor Setar pada Ahad.