KKM akan lihat kesan kesihatan terhadap cadangan pelajar IPT pulang ke rumah

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menerima cadangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi namun ia perlu diteliti kerana melibatkan jumlah yang sangat besar iaitu 80,000 pelajar yang tinggal di dalam kampus di universiti seluruh negara. Justeru KKM akan melihat dan mengkaji dahulu cadangan itu.

Terdahulu, beliau memberitahu, MITI akan meneliti semua pandangan rakyat termasuk kebenaran kedai gunting rambut beroperasi manakala operasi perniagaan masih kekal lagi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam kerana PKP Fasa Kedua masih belum berakhir.