Kes COVID-19 di Indonesia lebih tinggi daripada dilaporkan?

  • 2 tahun lalu
Jumlah pengebumian di Jakarta pada bulan Mac meningkat mendadak, mencetuskan kebimbangan bahawa kematian akibat COVID-19 adalah jauh lebih tinggi daripada yang didedahkan pihak berkuasa Indonesia.
Menurut satu laporan Reuters, hampir 4,400 pengebumian dicatatkan bulan lepas, iaitu 40 peratus lebih tinggi daripada bulan bulan sebelum ini berdasarkan statistik sejak Januari 2018.