AWANI Pagi: COVID-19 - Sokong liputan media melalui SMC Malaysia
  • 2 tahun lalu
Ketika dunia sekarang ini berdepan dengan krisis pandemik COVID-19, rata-rata warganya menuntut lebih banyak perhatian dalam liputan media supaya apa yang dilapor itu tepat, pada masa sama berasaskan fakta sains.

Menyahut seruan tersebut, Pusat Informasi Bioteknologi Malaysia (MABIC) dan Akhbar Sains miliknya, The Petri Dish melancarkan platform maya iaitu Pusat Sains Media, SMC Malaysia.

Bersama melalui Skype untuk menceritakan lebih lanjut mengenai perkara ini ialah Pengasas Bersama, SMC Malaysia, Tan Su Lin. Beliau juga merupakan seorang bekas wartawan.

Kita juga ada, Pakar Sains Komunikasi dan Pengasas Bersama SMC Malaysia, Dr Mahaletchumy Arujanan.
Disyorkan