Ketidaksamarataan harus dielakkan dalam akses kepada kesihatan

  • 2 tahun lalu
Akses kepada kesihatan adalah hak sejagat dan setiap individu berhak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang sama.

Namun apabila pandemik COVID-19 melanda ia mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat, sehingga boleh menyebabkan berlaku ketidaksamarataan untuk mendapatkan akses kesihatan.

Jelas Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kehng, ketidaksamarataan ini tidak boleh diterima kerana golongan kaya dan miskin serta yang berada di bandar mahupun luar bandar, berhak mendapatkan akses kesihatan yang sama.

Disyorkan