AWANI Pagi: Operasi pembersihan dan perkhidmatan kepada hospital ketika COVID-19

  • 2 tahun lalu
Dalam mengangkat mereka yang dibarisan hadapan membendung penularan dan merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19 seperti doktor, jururawat, polis atm dan sebagainya.

Ada golongan yang juga perlu dihargai jasa mereka, iaitu mereka yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan dan pembersihan hospital.

Kita juga memahami, tugas dipikul mereka ketika ini sama penatnya seperti petugas kakitangan perubatan dalam memastikan kelancaran perkhidmatan, mungkin peralatan dan kebersihan di hospital.

Dalam diskusi pada ketika ini, kita ingin memahami tugas yang digalas mereka dan semestinya, kita juga ingin melihat kepada syarikat yang mengurus segala perkhidmatan dan pembersihan ini iaitu UEM Edgenta Berhad.

Difahamkan UEM Edgenta mempunyai operasi serantau perkhidmatan kepada 300 hospital di Malaysia, Singapura dan Taiwan.

UEM Adgenta menyediakan perkhidmatan kepada hospital dengan menjalankan penyelenggaraan kejuruteraan bioperubatan hingga pengurusan sisa dan dobi.

Disyorkan