4,000 Syarikat dibenar operasi disaran tingkat upaya dalam teknologi baharu

  • 2 tahun lalu
Hampir 4,000 daripada kira-kira 11,000 syarikat yang membuat permohonan sehingga 29 Mac 2020 dibenarkan untuk meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau bersetuju jika syarikat-syarikat yang diberi kelulusan ini meningkat keupayaan khususnya dalam teknologi baharu.