FINAS dan RTM perlu perbanyakkan program untuk bantu anak seni - Norman

  • 2 tahun lalu
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu memperbanyakkan lagi program terbitan untuk membantu anak seni yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengarah Urusan KRU Studios Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim, aktiviti kesenian yang melibatkan orang ramai merupakan yang paling terkesan dalam industri seni tanah air.