COVID-19: Angka kes positif di Amerika melepasi 100 ribu

  • 2 tahun lalu
Amerika Syarikat muncul sebagai satu-satunya negara yang mempunyai kes positif COVID-19 melepasi angka 100 ribu setakat Sabtu.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, negara Uncle Sam itu mempunyai bilangan jangkitan virus lebih 100 ribu kes keseluruhan dengan pertambahan melebihi 16 ribu kes dalam tempoh 24 jam.