#AWANIJr: Ilmu Tanpa Sempadan

  • 2 tahun lalu
TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong bersiaran buat pertama kali untuk sesi 2020 dalam Majlis Pelancaran Program Nilam & Google Classroom. Kehadiran Penolong Pengarah Sektor Sumber Pendidikan Negeri Melaka, En Mohd Faizal Ramlan dan Cik Hjh Musalmah Mohamad Pegawai Seranta SK Duyong melengkapkan lagi majlis ini. Program Nilam & Google Classroom berkait rapat dengan aktiviti PAK 21 di SK Duyong yang sentiasa disokong oleh JPN Melaka. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12 bersama wartawan Nur Aqilah Batrisyah Mohd Abqari,12 bersama-sama dalam majlis ini. Episod kali ini merupakan episod terakhir wartawan Nur Aqilah Batrisyah Mohd Abqari bersiaran bersama Hang Tuah Channel sebelum berpindah ke Negari di Bawah Bayu. Selamat maju jaya .