Wisma Putra guna hubungan baik mohon bantuan

  • 2 tahun lalu
Pakar-pakar perubatan daripada 26 buah hospital yang dikhaskan untuk merawat COVID-19 akan mengadakan telesidang bersama pakar dari China untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman menangani wabak tersebut.

Dalam masa sama, Kementerian Luar Negeri juga sedang berusaha mendapatkan bantuan peralatan perubatan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammudin Hussien Malaysia akan menggunakan hubungan baik dengan negara-negara luar untuk mendapat pelbagai jenis bantuan dalam usaha membendung wabak COVID-19.

Disyorkan