Rugi lebih 50 peratus, bungkus atau penghantaran sahaja - Presma

  • 2 tahun lalu
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menjangkakan anggotanya bakal berdepan kerugian lebih 50 peratus susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagaimanapun Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata pihaknya akur dengan keputusan kerajaan itu selain akan sedaya upaya membantu menangani wabak itu.
Jelasnya, restoran akan beroperasi seperti biasa, namun pelanggan tidak dibenarkan untuk menjamu selera di dalam restoran.