#AWANIJr: Sayang sekolah, Jom ke sekolah

  • 2 tahun lalu
Episod kali ini menampilkan Nur Aliyah Muhamad, 16, pengacara StamadTV, TVPSS SMK Sultan Ahmad berkongsi tentang Majlis Pelancaran Jom ke Sekolah peringkat sekolah. Program ini merupakan program pemuafakatan antara KPM dan PDRM dan ia dilancarkan serentak di setiap sekolah seluruh negara pada 17 Februari 2020. Pegawai Perhubungan sekolah iaitu Inspektor Nur Idayu binti Abdul Aziz turut berkongsi rasional serta langkah yang akan diambil oleh pihak PDRM bagi membantu pihak sekolah menjayakan matlamat program ini. Jom saksikan.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Disyorkan