KTMB tawar 900,00 tiket bagi perjalanan sempena Aidilfitri

  • 2 tahun lalu
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tawarkan lebih 900 ribu tiket bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri yang bakal disambut Mei ini.
Ketua Strategik Komunikasinya, Ahmad ‘Asri Khalbi memberitahu penjualan tiket melibatkan perkhidmatan KTM antarabandar dan kereta api elektrik atau ETS bagi perjalanan antara 1 April hingga 31 Mei ini, telah mula dijual Khamis lalu.